Mengenai Udang Kara

Kebolehpasaran Udang Kara

SEKTOR EKSPORT

SEKTOR RESTORAN

SEKTOR PERHOTELAN

Lobster Air Tawar atau Udang Kara merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Ianya adalah sejenis haiwan Omnivor yang berasal dari Australia dan Papua New Guinea dan dikenali sebagai Redclaw atau Crayfish. Pada awalnya dibawa masuk ke Malaysia sebagai ternakan hiasan dan pada tahun 2013 telah dikomersialkan sebagai ternakan bagi tujuan makanan. Rasanya hampir sama dengan Lobster laut dan dikatakan rendah kolestrol.

Crayfish dapat dibahagikan kepada tiga keluarga iaitu keluaran Astacidae dan cambaridae di benua Amerika dan Eropah Manakala keluarga parastacidae di benua Australia yang berasal dari pulau Papua. Crayfish (Cherax sp) termasuk didalam keluarga udang (Crustacean)

Kitaran Hidup Udang Kara

STATISTIK PASARAN UDANG KARA

“Setiap tahun, industri ternakan udang menghasilkan hampir 50,000 tan metric yang menyumbang sebanyak 13% kepada kuantiti pengeluaran akuakultur Malaysia. Industri ini melibatkan kira-kira 1200 orang penternak udang yang aktif, 40 buah hatcheri pembenihan udang dan 15 buah kilang pemprosesan yang menyumbang kira-kira RM1.3 billion atau 45% daripada jumlah eksport perikanan’’

Sumber ; JABATAN PERIKANAN MALAYSIA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, 4 Januari 2020.

Jenis Makanan Udang Kara

Terdapat 4 jenis makanan utama ternakan udang kara

PALLET

HYDRILAA

KEKACANG

AKAR KIAMBANG

Rancangan Produksi 

Konsep Smart Farming

Smart Farming atau Pertanian Pintar mewakili penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) moden ke dalam pertanian, yang membawa kepada apa yang boleh disebut sebagai Third Green Revolution.

Smart Farming mempunyai potensi yang nyata untuk menghasilkan pengeluaran pertanian yang lebih produktif dan lestari, berdasarkan pendekatan yang lebih tepat dan cekap sumber serta memberikan nilai tambah dalam bentuk pembuatan keputusan atau operasi dan pengurusan yang lebih efisien.

Penternakan dalam kolam dengan menggunakan sistem aquaponik dengan penjagaan yang rapi adalah dititikberatkan
Untuk memastikan tumbesaran udang mencapai tahap yang dikehendaki, pemantauan terhadap kebersihan, bekalan dan kualiti air serta pemakanan diutamakan
Pemilihan benih udang dilakukan dengan teliti bagi memastikan benih terhindar daripada penyakit

Sebagai agen pemasaran udang kara, BMWV mengambil langkah proaktif dengan memasarkan 60% jualan hidup dan 40% jualan mati

Pungutan hasil dilakukan secara berperingkat bagi memastikan udang yang menepati saiz sahaja dipasarkan
BMWV menggunakan pelbagai teknik dan teknologi terkini berdasarkan kesesuaian tempat, tanah dan air